Assalammuaikum wrbt
Inifnit3 Solution Group kini mengorak langkah dengan mewujudkan sebuah syarikat perternakan puyu dan ikan air tawar untuk pasaran tempatan.
Puyu ada sejenis ikan air tawar yang lasak dan kini ia boleh dikomersial dalam pasaran kita.habitatnya yang tinggal disawah padi di sungai-sungai menjadikan ia sesuai diternak menggunakan air paip biasa. Tambahan,Makanan selain daripada dedak termasuklah pokok keladi bunting, kangkung dsbnya dijadikan sebagai makanan tambahan. Ini adalah sebagai langkah bagi mengelakkan daripada masalah ikan makan ikan.
Senario ikan makan ikan adalah biasa dan ia dapat dicegah jika ikan ternak ini diberi makanan secukupnya dan tambahan pokok makanan tadi membantu ikan dapat membesar dengan makanan yang disediakan
Kenapa perlu ternak puyu ?
Pasaran harganya masih tinggi. Sekitar Melaka runcit sekitar Rm 16 ke Rm 19 per kilo
(harga seekor ayam tu.)
Tahan lasak dan penjagaan yang mudah. Sama seperti ikan Keli.hanya perlukan air biasa.
Sebagai Ikan Perhiasan. ramai orang melayu mempercayai kelebihan ikan ini yang digunakan sebagai tawar pukau.Tidak baik untuk kita mempercayainya kerana Semuanya daripada ALLAH yang MAHA ESA. Yang pasti ia cantik dan menarik dijadikan ikan perhiasan.
No comments:
Post a Comment