Friday, July 1, 2011

coretan puyu 2 julai 2011

Bismillah. hari ini  tergerak nak update maklumat blog betuk/ puyu .

Buat setakat ini cuma ada beberapa perkembangan bisnes ikan puyu nie.
1. kaedah pembenihan sangat berjaya
2. experiment  tuk survival anak ikan ada lagi tidak complete lagi masuk hari ke 8- 14 ada permasalahan. pemakanan anak ikan. mungkin kolamnya x berapa sesuai kot.
3. Mengatasi lambakan kos membeli dedak. kena ushakan mesin mixer  atau membeli mesin buat dedak.

3 perkembangan yang memerlukan lagi modal poket pokcik.

Monday, November 29, 2010

Kuantiti ikan puyu semasa

Bismillah. Hari ini kami updatekan puyu  boleh dibeli sehingga 30kg  ready stock.
purata ikan dalam 50- 150g per ekor.10g-30g kami simpan sebagai benih dan masih belum boleh dijual.
Pasaran kini masih tertumpu kepada pembeli daripada syarikat pembuat  pekasam,peraih ikan air tawar  dan jualan langsung segar di pasar tani hari ahad. Kami sedang berusaha bagi mempelbagaikan ternakan seperti ikan sepat dan talapia dsb.

Tuesday, November 23, 2010

lokasi kolam ikan puyu PUYU@BETUK

Jalan menuju ke Kolam Puyu

kolam simen dan fiber di luar kolam puyu

Antara kolam ikan puyu

kolam besar

Antara kolam lain yang ada

Antara anak benih yang diternak

hampir 300 ekor puyu di dalam kolam tuai/jualan

Gambar zoom ikan puyu
Antara ikan puyu yang sudah sedia untuk dijual

 
gambar ikan puyu dikolam

Inilah dia lokasi kolam ikan puyu

Antara gambar ikan yang sempat diambil

Thursday, November 18, 2010

BLOG PUYU@BETUK TERNAK

Assalammuaikum wrbt 


Inifnit3 Solution Group  kini mengorak  langkah dengan mewujudkan  sebuah syarikat  perternakan puyu  dan ikan air tawar untuk pasaran tempatan.


Puyu ada sejenis ikan air tawar yang lasak dan kini ia boleh dikomersial dalam pasaran kita.habitatnya yang tinggal disawah padi di sungai-sungai menjadikan ia sesuai diternak menggunakan air paip biasa. Tambahan,Makanan selain daripada dedak  termasuklah pokok keladi bunting, kangkung dsbnya dijadikan  sebagai makanan tambahan. Ini adalah sebagai langkah bagi mengelakkan daripada masalah ikan  makan ikan.




Senario ikan makan ikan adalah biasa dan ia dapat dicegah jika ikan ternak ini diberi makanan secukupnya dan tambahan pokok makanan tadi membantu ikan dapat membesar dengan makanan yang disediakan 




Kenapa perlu ternak puyu ?


Pasaran harganya masih tinggi. Sekitar Melaka runcit sekitar Rm 16 ke Rm 19 per kilo
(harga seekor ayam tu.)


Tahan lasak dan penjagaan yang mudah. Sama seperti ikan Keli.hanya perlukan air biasa.


Sebagai Ikan Perhiasan. ramai orang melayu mempercayai kelebihan ikan ini yang digunakan sebagai tawar pukau.Tidak baik untuk kita mempercayainya kerana Semuanya daripada ALLAH yang  MAHA ESA. Yang pasti ia cantik dan menarik dijadikan ikan perhiasan.