Thursday, November 18, 2010

BLOG PUYU@BETUK TERNAK

Assalammuaikum wrbt 


Inifnit3 Solution Group  kini mengorak  langkah dengan mewujudkan  sebuah syarikat  perternakan puyu  dan ikan air tawar untuk pasaran tempatan.


Puyu ada sejenis ikan air tawar yang lasak dan kini ia boleh dikomersial dalam pasaran kita.habitatnya yang tinggal disawah padi di sungai-sungai menjadikan ia sesuai diternak menggunakan air paip biasa. Tambahan,Makanan selain daripada dedak  termasuklah pokok keladi bunting, kangkung dsbnya dijadikan  sebagai makanan tambahan. Ini adalah sebagai langkah bagi mengelakkan daripada masalah ikan  makan ikan.




Senario ikan makan ikan adalah biasa dan ia dapat dicegah jika ikan ternak ini diberi makanan secukupnya dan tambahan pokok makanan tadi membantu ikan dapat membesar dengan makanan yang disediakan 




Kenapa perlu ternak puyu ?


Pasaran harganya masih tinggi. Sekitar Melaka runcit sekitar Rm 16 ke Rm 19 per kilo
(harga seekor ayam tu.)


Tahan lasak dan penjagaan yang mudah. Sama seperti ikan Keli.hanya perlukan air biasa.


Sebagai Ikan Perhiasan. ramai orang melayu mempercayai kelebihan ikan ini yang digunakan sebagai tawar pukau.Tidak baik untuk kita mempercayainya kerana Semuanya daripada ALLAH yang  MAHA ESA. Yang pasti ia cantik dan menarik dijadikan ikan perhiasan.

















No comments:

Post a Comment